Sunday, March 6, 2011

Perniagaan Melayu

Salam,

Apalah perangai orang Melayu ini.Bagaikan tak mahu berubah dulu kini dan selamanya. Kalau berniaga, pasti nak untung sorang-sorang. Hanya dia sahaja yang nak untung. Orang lain kalau boleh biarlah jatuh sejatuh jatuhnya. 

Penulis tertarik dengan ceramah yang diberi oleh Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz tentang perkara ini. Katanya, orang Melayu kalau berniaga, suka cari musuh. Gaduh dengan peniaga seblah menyebelah. Bagaimana perniagaan nak dijalankan kalau peniaga asyik bergaduh? Kita kalau nak berniaga, kene cari ramai kawan. Baru berniaga boleh maju. kalau banyak musuh, memang terlungkuplah bisnes tersebut. 


Lebih kurang begitulah isi kandungan ceramahnya. Benar sungguh katanya. Kalau kita tengok contoh cerita Lagi-Lagi Senario. Sebuah filem komedi keluarga arahan Aziz M Osman yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 14 Disember 2001. Cerita bagaimana realiti sebuah perniagaan orang Melayu. Asyik bersaing dengan cara tidak sehat. Sentiasa cuba meruntuhkan antara satu dengan lain. Kesudahanya kaum lain yang ambik alih tanah tersebut. Perniagaan mereka hancur.

Saya suka dengan konsep yang diamalkan oleh satu kaum di Malaysia ini. Saya pernah sekali pergi ke sebuah kedai untuk mencari barang. Tanya kepada tokeh kedai, dia kata dah habis. Dia boleh tunjuk kedai lain yang mungkin ada barang tsb. Kagum saya lihat perbuatan tersebut. Dalam hati saya berfikir, tak kesah ke dia ni, pelanggan dia pergi kedai lain untuk beli barang. kalau aku aa..buat bodo je sudah. pepandailah dia cari.(<-- tipikal pemikiran melayu). Setelah sekian lama, barulah saya faham, kenapa tokeh tu buat camtu. Dia pakai konsep "ini hari saya tolong dia, lain hari dia pulak tolong saya".

Saya berharap orang Melayu dapat mengubah pemikiran dan konsep perniagaan. Sentiasa berbaik sangka. Insya allah~

Inilah pemikiranku,
Aerandir Carnesir

No comments:

Post a Comment